• Beri atau dapatkan makanan percuma sambil menyokong pemegang gerai makanan

     

    Please note: Belanja Eat team will discontinue active management of the initiative, including this website on 10 August 2020

  • Mengapa BelanjaEat?

    • Sekali-sekala, kita memerlukan pertolongan.
    • Walaupun keadaan kini mencabar, pasti kita boleh mengatasinya bersama-sama dengan keazaman, kekuatan dan bermurah hati.
    • Oleh itu, inisiatif BelanjaEAT adalah untuk semua orang.
    • Jika anda mempunyai wang lebih, belanjakanlah seseorang yang mungkin memerlukan makanan hari ini.
    • Sekiranya anda kekurangan wang pada bulan ini, izinkanlah orang lain membeli makanan untuk anda hari ini. Janganlah malu, anda pun boleh membantu orang lain apabila rezeki anda bertambah baik.
  • Saya perlukan makanan percuma

    1

    Cari gerai berhampiran

    Gunakan peta ini untuk mencari gerai.

     

    LAST UPDATED 10 AUG 2020

    2

    Dapatkan makanan percuma

    Beritahu penjaja bahawa anda mengambil bahagian dalam BelanjaEat dan memerlukan makanan percuma*

    Anda tidak perlu menjelaskan sebab. Soalan pun tidak akan ditanya.

     

    *tertakluk kepada adanya makanan percuma yang disumbangkan​

    3

    Nikmati hidangan percuma di rumah

    Janganlah risau. Nikmati makanan anda.

     

    Janganlah malu, anda pun boleh membantu orang lain apabila rezeki anda bertambah baik.

  • Saya ingin belanja makanan untuk sesiapa yang memerlukan

    1

    Cari gerai berhampiran

    Gunakan peta ini untuk mencari gerai

    Poster BelanjaEat akan dipaparkan di depan gerai yang mengambil bahagian.

     

    LAST UPDATED 10 AUG 2020

    2

    Beli makanan

    Anda boleh tentukan kuantiti makanan yang anda ingin belanjakan.

    Berikan wang kepada pemelik gerai dan lukiskan bulatan di poster BelanjaEat.

    3

    Sebarkan informasi

    Bantu kami menyebarkan informasi. Ambil gambar gerai termasuk poster BelanjaEat (lebih baik jika anda di dalam gambar tersebut!) dan kongsi di media social dengan komen #BelanjaEat, supaya orang lain dapat tahu!

  • Saya ingin mengambil bahagian dalam BelanjaEat

    Saya seorang pemilik gerai ataupun saya ingin memulakan BelanjaEat inisiatif dengan gerai makanan kegemaran saya

    1

    Cetak dan dapatkan kebenaran

    Cetak poster. Dengan kebenaran gerai makanan kegemaran anda, tampal poster di depan gerai mereka.


    Baca senarai semak persedian Belanja Eats.

    2

    Beli makanan

    Jika berkemampuan, ambil langkah pertama dan membeli makanan. Lukis bulatan di poster.

     

    Sebarkan informasi!

    3

    Double check!

    Masih ada Soalan? Lihat panduan kami di sini!

  • Peta

    Rujuk peta untuk mengetahui lokasi gerai-gerai yang mengambil bahagian dalam inisiatif BelanjaEat LAST UPDATED 10 AUG 2020

     

    Klik ikon di sebelah “Belanja Eat Store Locations*” untuk membezakan kedai yang Halal / Bukan Halal / Vegetarian

    *Store Locations adalah “Lokasi Gerai"

  • Download poster BelanjaEat sekarang!

    Supaya anda boleh mulakan inisiatif BelanjaEat di kawasan kejiranan anda*!

     

    *Hanya mulakan inisiatif ini semasa anda membeli makanan sendiri, dan pastikan anda teruskan amalan jarak selamat.

  • Soalan & Jawapan

    1. Bagaimanakah saya mengetahui jika orang yang mahu mendapatkan makanan percuma benar-benar memerlukannya? Mungkin mereka orang kaya atau bersifat ‘kiasu’

    Belanja Eat bergantung pada kejujuran. Sama seperti perkara lain, ada orang yang akan menyalahgunakan inisiatif ini.

     

    Namun, dalam keadaan sukar ini, ada orang yang benar-benar memerlukan makanan percuma. Mereka mungkin malu meminta pertolongan atau belum lagi layak dapatkan bantuan kerajaan.

     

    Oleh itu, Belanja Eat adalah sistem bayaran balik. La tidak menyoal dan tidak menilai penerimanya. Adakan sifat kepercayaan pada orang lain 😊

    2. Saya seorang pemilik gerai. Sesetengah pelanggan saya mungkin memerlukan makanan percuma tetapi mereka tidak tahu mengenai BelanjaEat. Bagaimana boleh saya memberitahu mereka tentang inisiatif BelanjaEat tanpa menyinggung atau memalukan mereka?

    Berikut adalah cadangan daripada sebilangan pemilik gerai untuk mengatasi dilemma ini:

     

    a) Cara halus:

    "Hello! Adakah anda tahu sesiapa yang memerlukan makanan percuma?

     

    Ada pelanggan yang ingin belanja makanan untuk orang lain lah. Makanan akan diberikan secara percuma!

     

    Sesiapa yang memerlukan tidak perlu membuat permohonan dan tidak perlu rasa malu. Sistemnya mudah lah. Keadaan sudah sukar, kita perlu bersifat tolong-menolong! "

     

    b) Kongsi tentang inisiatif Belanja Eat:

     

    "Wah, keadaan kini teruk benar ya. Saya yakin ramai orang akan memerlukan makanan percuma.

     

    Lihat inisiatif BelanjaEat ini baik.. Memupuk semangat kampung lah – kalau ada yang berkemampuan, mereka boleh belanja makanan untuk orang lain, dan kalau ada yang memerlukan, mereka boleh mengirim makanan percuma tersebut. Sifat tolong-menolong! "

    3. Perlukah saya menemu ramah setiap pelanggan yang ingin meminta bantuan makanan untuk memastikan yang mereka datang dari golongan yang memerlukan?

    Tidak perlu! 😊 Tidak perlulah menemu ramah ataupun menolak permintaan sesiapa dari inisiatif “Belanja Eat” ini.

     

    Kita tidak perlu menyoal permintaan mereka ataupun merenung mereka, ini boleh mengakibatkan mereka berasa malu. 

     

    Kami semua sedang melalui masa yang sangat mencabar. Marilah kita saling menolong dan teruskan sikap kepercayaan antara satu sama lain. Para penderma makanan juga mempunyai kepercayaan yang sama!

    4. Bagaimana jika pelanggan yang sama sering datang untuk meminta makanan percuma?

    Tidak mengapa! Berikan senyuman dan makanan kepada pelanggan. Jangan menolak permintaan mereka ataupun merenung mereka okay? Tidak mudah bagi pelanggan untuk tampil meminta makanan percuma. Seperti kebanyakan dari kita, dia mungkin sedang melalui masa kesukaran.

    5. Saya tidak mempunyai pencetak di rumah dan semua kedai cetak tutup. Bagaimana boleh saya dapatkan Belanja Eat poster?

    Mungkin anda boleh meminta pelanggan tetap anda atau pemegang gerai yang lain untuk bantuan.

     

    Template poster boleh didapati di sini.

     

    Jika anda benar-benar tidak boleh cetak poster, beritahu kami melalui e-mel atau Facebook. Kami akan membantu anda mencari sukarelawan yang tinggal berdekatan anda dan boleh membantu anda 😊

    6. Apa harus dibuat jika makanan percuma tidak dikirim setelah beberapa hari?

    Sila beritahu kami. Kami akan maklumkan kepada awam tentang makanan percuma ini melalui media sosial.

     

    Pemilik gerai juga boleh mendermakan hidangan itu kepada amal, seperti The Courage Fund, atau lawat laman web SG United untuk mendapat tahu cara lain mereka boleh membantu.

    7. Bagaimana jika saya kehabisan poster?

    Sekiranya anda mempunyai 20 makanan (bulatan) yang telah disumbangkan, sila berhenti menerima sumbangan baru. Tunggu sehingga semua makanan percuma telah diagihkan.

     

    Janganlah menolak permintaan sesiapa yang meminta makanan percuma! Kita semua sedang melalui masa yang mencabar - mari kita saling tolong-menolong antara satu sama lain.

     

    Sekiranya semua 20 makanan telah disumbangkan dan dituntut (bulatan telah ditandakan), jangan turunkan poster. Anda boleh:

    1. Cetak poster baru, kemudian turunkan yang lama; atau

    2. Tampalkan sekeping kertas kosong di atas kotak dan lukiskan garisan :)

    8. Berapa lama perlu saya mempamerkan poster BelanjaEat?

    Buat masa ini, kami berancang untuk menjalankan inisiatif ini sehingga bulan Jun 2020.

    Jiran yang ingin memulakan inisiatif  Belanja Eat:

    1. Saya ingin memulakan inisiatif BelanjaEat di gerai makanan kejiranan saya. Bagaimana harus saya membincangkan inisiatif ini dengan pemegang gerai?

    Inilah cara paling berkesan setakat ini:

     

    a. Kami biasanya bermula bincangan sebegini "Pakcik/Makcik, kami ingin beli makanan daripada kamu. Makanan ini akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang memerlukan. Adakah anda berminat membantu?"

     

    b. Kemudian, kami tunjukkan poster BelanjaEat dan terangkan bagaimana satu pelanggan boleh belanja makanan untuk pelanggan yang memerlukan. Gunakan senarai semak Belanja Eat untuk memastikan anda telah merangkumi semua butir-butiran.

     

    Apabila seseorang datang dan ingin menebus makanan, tandakan tanda centang. Biasanya pada masa ini, mereka agak memahami konsep.

     

    c. Seterusnya, kami akan mendapat tahu makanan yang paling popular atau yang paling berkhasiat dari gerai itu. Jika pemegang gerai mengizinkan, kami akan menulis nama dan harga hidangan tersebut di poster.

     

    d. Langkah yang paling berkesan adalah jika kami memulakan inisiatif seketika itu dengan mendermakan beberapa hidangan.

     

    Kami akan memberitahu pemegang gerai bahawa kami ingin mendermakan 2-3 hidangan. Kami akan berikan pemegang gerai wang dan lukiskan 2-3 bulatan di poster.

     

    Akhirnya, kami mengingatkan pemegang gerai tentang langkah-langkah inisiatif.

     

    Jika seseorang pelanggan ingin belanja makanan, bulatan baru perlu dilukis.
     

    Ingatkan mereka untuk tidak “menemu ramah" atau menolak permintaan mereka yang meminta makanan percuma Belanja Eat. Kita tidak selalu dapat mengetahui siapa yang memerlukan makanan hanya berdasarkan pada penampilan mereka. Sebilangan orang mungkin baru saja kehilangan pekerjaan ataupun tidak mempunyai banyak wang. Cubalah jangan menilai orang pada penampilan!

  • Siapakah kita?

    Kami adalah sekumpulan kawan yang ingin menyebarkan emosi harapan dan kebahagian, serta makanan yang enak semasa keadaan yang tidak menentu ini. Sesetengah daripada rakyat kita sedang mengalami kesukaran. Walaupun kita tidak tahu siapa yang memerlukan, kita ingin menunjukkan bahawa kita peduli dan ingin menolong.

     

    Inilah salah satu cara rakyat Singapura boleh menolong satu sama lain - Belanja!

     

    Kami adalah kumpulan kecil dengan sumber yang terhad. Oleh itu, sistem BelanjaEat dibuat secara ini supaya sesiapa sahaja yang berminat memulakan inisiatif BelanjaEat dan beramal baik boleh membuat sedemikian dengan mudah. Pada masa yang sama, pemegang gerai makan yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini boleh terus berniaga.

  • Seperti yang dipaparkan:

    (terima kasih kerana membantu kami berkongsi mengenai Belanja Eat!)

    Add Title